Memang Sedap  ....Sos Cili.......... Kicap...............
Bermula secara kecil kecilan hanya didapur rumahnya sendiri selepas waktu kerja dan hari cuti sebagai inisiatif melaksanakan cita-citanya dan menanam azam untuk mengeluarkan produk berjenama sendiri dimasa hadapan. Diawal pembabitannya di dalam industri pembuatan sos cili pada tahun 1985, rumah kediamannya di Permatang Batu telah dijadikan tempat untuk memasak dan mengeluarkan sos cili.

NO. 87, MUKIM 7,
PERMATANG BATU,
14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG
NO TEL : 04-537 2105
FAX : 04-538 9610
Email  :
Tiada sebarang peralatan canggih digunakan tetapi hanya mesin pengisar domestik (blender) yang berkapasiti kecil adalah harta pertama usaha gigih beliau. Dengan keadaan serba kekurangan itu, Encik Abu Bakar hanya mampu memproses dua kilogram cili sahaja setiap hari.  Justeru, pengeluaran harian terhad setakat tiga dozen sahaja sehari.
Tahun 1985 - "Syarikat Abu Bakar Bin Ayob" didaftarkan. Tahun 1991 - "Syarikat Abu Bakar bin Ayob" ditukarkan kepada "Syarikat Perniagaan Rohaya & Abu Bakar" Sambutan yang memberangsangkan terhadap sos cilinya memberi peluang kepada Encik Abu Bakar untuk membeli sebuah mesin pengisar yang berharga RM300.00 yang membolehkan kapasiti pengeluarannya meningkat kepada lima puluh dozen sehari.   Bilangan pekerja juga bertambah kepada tiga orang. Rentetan daripada pelaburan mesin itu terus meningkatkan permintaan dan perubahan positif ini mendorong Encik Abu Bakar mengubahsuai kediamannya menjadi sebuah kilang kecil bagi menjalankan operasi pembuatan sos cilinya

rohayasos@hotmail.com
(AS 0127156-P)
Free Web Hosting